Paparkan Banner Produk-produk anda sini. Sila semailkan ke halislam@gmail.com.

Bedak untuk mengekalkan kecantikkan muka

Tabloq - Bedak Sejuk Warisan Tradisi Asli

Bedak sejuk ini merupakan bedak sejuk warisan nenek moyang kita terdahulu. Tidak mengandungi sebarang bahan kimia. sesuai untuk semua jenis kulit. 100% campuran tanah liat. Ia merupakan salah satu jenis Ramuan Bedak Sejuk Warisan Tradisi Asli orang melayu yang masih kekal sehingga ke hari ini, termasuk bedak kulit rambai, bedak rukup dan bedak sejuk biasa. Namanya yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Terengganu, Kelantan dan Pahang sekitar tahun 40an hingga 80an. Sekarang hampir atau lebih 80% generasi sekarang khususnya orang Pantai Timur tidak lagi mengenalinya. Memikirkan akan kemungkinan pupus di telan zaman, Tabloq Marketing mengambil keputusan untuk mengembang semula dan memperkenalkannya kepada umum.

Tiada anugerah dari sesiapa namun bedak sejuk ini merupakan anugerah dari Allah SWT kepada hambaNya. Sebelum ini testimoni telah di buat, 90% pemakai mengatakan mujarab dan 10% lagi tidak menjadi kerana tidak mengikut cara yang betul atau tidak sabar.

KHASIAT DAN KELEBIHAN TABLOQ

Menurut pengasas tabloq yang pertama, Abdul Manan bin Awang (al Fatihah). katanya: "TabloQ ini tersembunyi 1001 khasiat" Hanya Allah SWT sahaja yang tahu kesemua khasiatnya yang tersembunyi, Beberapa testimoni yang telah di buat tentang khasiat dan kegunaannya akan dicoretkan di sini, bergantung kepada sekum-rasi si pemakai serta niat dan cara pemakaian yang betul serta bersabar menunggu hasilnya.  Tabloq tidak akan masam/busuk walaupun dibiarkan basah berhari hari lamanya didalam bekasnya. Itu juga salah satu kelebihan Tabloq!Antara Khasiat dan kegunaannya:

1. Menghilangkan jerawat dan juga jeragat.
2. Menyejukkan kulit.
3. Menghilangkan ruam pada kulit baby.
4. Mengeringkan muka yang berminyak.
5. Memutihkan kulit.
6. Menegangkan kulit.
7. Melembapkan kulit.
8. Mengecilkan liang roma.
9. Membuang daki serta sel-sel kulit yang mati.
10. Membasuh kemaluan wanita selepas haid.
11. Menyejukkan kulit ketika terkena Chicken pox (bertih) serta tidak     meninggalkan parut.
12. Menghilangkan parut jerawat dan luka.
13. Membuang bulu ketiak.
14. Mengurangkan bahang panas akibat kulit terbakar.
15. Mengeringkan luka-luka.
16. Mengembalikan bentuk asal payudara selepas menyusukan anak. 
 17. Amat sesuai dipakai sapu ketika demam biasa atau deman campak.
18. Amat sesuai untuk mandian lulur. 
19. Amat sesuai digunakan untuk bertayammum.
20. Sesuai untuk semua jenis penyakit kulit termasuk kudis. (penyakit kulit kayap
21. Sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina.

Termasuk ceret-beret, yang mana ambil sedikit Tabloq, kacau dalam air suam dan minum. Khasiat yang dinyatakan diatas adalah berdasarkan maklumbalas dan testimoni daripada pengguna-pengguna yang telah menggunakan produk ini, sejak tahun 1970an lagi.

CARA-CARA MENGGUNAKANNYA
Masukkan air kedalam bekas bedak ini secukupnya samada untuk pekat ataupun cair. Dan sapukan bedak tersebut ke tempat yang dikehendaki. untuk mendapatkan hasil terbaik, amalkannya selalu sebelum tidur.
Untuk muka yang berjerawat dan berjeragat juga untuk menghilangkan parut, hendaklah digosokkan bedak tersebut ditempat yang di kehendaki dan dibilas selepas itu, sapu bedak itu sekali lagi untuk dipakai ketika hendak tidur.

DEMO CARA GUNA TABLOQ TANPA AIR


DEMO CARA GUNA TABLOQ DENGAN AIR




Alhamdulillah dengan izin Allah swt. Tabloq bedak sejuk ini  bukan sahaja boleh  dipakai dimuka, atau untuk kecantikan semata-mata, malah pada luka dan denyutan akibat diabetis juga semakin berkurangan.  

Tabloq bedak sejuk ini tidak dijual untuk seketul sahaja, memandangkan kami terpaksa menanggung kos poslaju Malaysia. Paling kurang hanya 3 ketul tabloq sahaja dijual dengan kos RM25.00 untuk semenanjung dan untuk Sabah dan Sarawak RM30.00 termasuk poaslaju Malaysia.

Jika berminat untuk mencuba Tabloq bedak sejuk ini boleh hubungi  Puan Nurul Ain di Talian 019-9496133.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011-2012. Himpunan Herba Tradisional Warisan Islam Paling Mujarab . All Rights Reserved
Free counter and web stats